Ainul Aishah bakal Jadi Penyanyi

Ainul Aishah bakal menjadi penyanyi, taniah!! Baguslah macam itu, sekurang-kurangnya dapat mengembangkan lagi karier dan bakat yang ada. Jangan sekerat jalan sudahlah ya. Terdengar cerita, sekarang ini Ainul sibuk menyiapkan single terbaru. Tapi entahlah albumnya bila akan keluar, tetapi dapat tahu, respons yang diterima daripada orang sekelilingnya sangat bagus.
Ainul bukan sahaja menyanyi, tetapi mencipta lagu itu sendiri bersama teman rapatnya. Hebat juga Ainul ni ya. Lagu hasil ciptaannya itu akan disusun semula oleh gitaris Coco dan Hujan, AG. Mungkin satu hair nanti, Ainul dapat setanding dengan pelakon dan penyanyi yang juga merupakan teman baik Ainul, Liyana Jasmay. Tak sabar rasanya nak dengar lagu terbaru Ainul.

No Responses to “Ainul Aishah bakal Jadi Penyanyi”
Please Wait
Leave a Reply