-->

Lady Gaga, penyanyi Poker Face ini sedang membantu bapanya untuk pulih setelah menjalani pembedahan jantung terbuka. Penyanyi ini memberitahu peminat-peminatnya di laman web bahawa pembedahan itu telah berjaya.
“Bapa saya menjalani pembedahan jantung terbuka Khamis lalu. Selepas berjam-jam lamanya serta begitu banyak tangisan, mereka berjaya melakukannya,” luahnya.
“Sedang mengurut kaki bapa ketika dia sedang tidur. Dia adalah hero saya.” katanya kemudian di laman web itu.
Haraplah bapanya dapat pulih dengan segera.

No Responses to “Lady Gaga bantu bapanya pulih daripada pembedahan”
Please Wait
Leave a Reply